Sedia pertimbang permohonan dana untuk pelan pengangkutan P Pinang, kata Guan Eng.

Sedia pertimbang permohonan dana untuk pelan pengangkutan P Pinang, kata Guan Eng.


BUTTERWORTH: Kerajaan Persekutuan sedia memberi pertimbangan sekiranya kerajaan Pulau Pinang membuat permohonan untuk memohon dana bagi meneruskan projek Pelan Induk Pengangkutan (PIP), kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.Pihaknya akan meneliti permohonan kerajaan Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum sebarang pengumuman dibuat kerana perkara itu perlu dibincangkan menerusi semua aspek.
“Saya rasa perkara itu harus dibuat secara peringkat termasuk perbincangan tentang ‘financial architecture’ projek berkenaan sebelum sebarang permohonan dikemukakan kepada kerajaan persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Nyior hari ini.Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Chow Kon Yeow yang mengumumkan kerajaan negeri mungkin akan memohon peruntukan untuk menjalankan PIP.
Lim berkata sebarang perbincangan mengenai projek berkenaan harus dibuat secara teratur mengikut prosedur dan sebarang pengumuman hanya akan dibuat setelah ia selesai.“Kita buat kerja secara serius dan apabila ada hasilnya nanti baru kita umumkan. Semuanya akan disemak dan diambil kira,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post