13 Mei: Malaysiakini cuba pertikai Laporan Mageran

TANGKAP layar laporan portal berita Malaysiakini mengenai tragedi 13 Mei 1969 mencetuskan kemarahan dalam masyarakat. Sumber (gambar): Malaysiakini

Portal Malaysiakini terus dikecam susulan laporannya mengenai tragedi 13 Mei yang dianggap cuba mempertikaikan Laporan Majlis Gerakan Negara (Mageran) serta mengelirukan rakyat menerusi maklumat tidak sahih.

Sejak beberapa hari lalu sempena 50 tahun rusuhan 13 Mei, Malaysiakini telah menyiarkan artikel bertajuk “Pada 13 Mei 1969, satu kampung Cina diserang” yang didakwa mempunyai unsur provokasi serta membawa naratif negatif kepada orang Melayu.


KUALA LUMPUR: Portal Malaysiakini terus dikecam susulan laporannya mengenai tragedi 13 Mei yang dianggap cuba mempertikaikan Laporan Majlis Gerakan Negara (Mageran) serta mengelirukan rakyat menerusi maklumat tidak sahih.
Hal itu turut mengundang rasa tidak senang sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mempersoalkan tujuan sebenar Malaysiakini berusaha mengumpul maklumat lisan dan didakwa mengeluarkan artikel berbau hasutan berhubung peristiwa 50 tahun lalu.
Ketuanya, Burhanuddin Ruslan berkata, apa yang dilakukan Malaysiakini tidak lagi releven pada masa ini kerana kejadian itu sudah separuh dekad berlalu dan ramai yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sudah meninggal dunia.
“Malah mereka yang mengeluarkan kenyataan tidak mungkin boleh mengingati sepenuhnya peristiwa yang telah berlaku pada 50 tahun lalu.
“Usaha yang dibuat oleh Malaysiakini seolah-olah cuba mempertikaikan Laporan Mageran yang telah menjadi rekod rasmi negara berhubung peristiwa 13 Mei dan cuba mengelirukan rakyat dengan maklumat-maklumat yang tidak sahih,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Malaysiakini menyiarkan artikel berdasarkan fakta yang diakuinya sendiri tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Sumber (gambar): TTF
Sejak beberapa hari lalu sempena 50 tahun rusuhan 13 Mei, Malaysiakini telah menyiarkan artikel bertajuk “Pada 13 Mei 1969, satu kampung Cina diserang” yang didakwa mempunyai unsur provokasi serta membawa naratif negatif kepada orang Melayu.
Artikel tersebut kemudian menerima banyak kritikan dan kecaman terutama berhubung motif penyiaran dan tajuk artikel tersebut.
Mungkin menyedari kritikan dan kecaman yang diterima, portal tersebut kemudian didapati menukar tajuk artikel tersebut kepada Gadai nyawa selamatkan jiran pada 13 Mei 1969.
Wira Perkasa mendesak Menteri Dalam Negeri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memandang serius dan mengambil tindakan tegas berhubung perkara itu tanpa membiarkan Malaysia baharu dirosakkan dengan penyebaran laporan seperti itu.
Kata puak DAP, Melayu-Islam yg memainkan sentimen 13 Mei. Ini pula media2 pro-DAP tak habis2 dengan ‘pendedahan’ tak berbukti sejak smlm yg nampak sgt salahkan Melayu-Islam. Asyik2 Cina diserang, kampung Cina diserang... DAP nak perang ke? Nak perang cakap je...@limkitsiang https://twitter.com/mkini_bm/status/1127769444447469568 
49 people are talking about this
Bodohnye reporter @malaysiakini ni. Ko dh tahu x dpt sah fakta tu yg kau sebarkan jugak kenape? Siape yg RACIST SKRG?
See theeyeiswatching's other Tweets
Tambah Burhanuddin, kesan laporan menyebabkan sesetengah pihak menganggap negara tidak berlaku adil terhadap pihak tertentu dengan membandingkan dasar daripada negara-negara luar serta mempertikaikan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
“Wira Perkasa meminta mana-mana pihak jangan samakan dasar dan Perlembagaan Persekutuan berhubung Perkara 153 sebagai penindasan kepada kaum lain. Semua pihak mesti ingat kerakyatan diberikan kepada kaum lain semasa negara ingin mencapai Kemerdekaan adalah bersyarat berdasarkan kontrak sosial.
“Ini bermakna jika mana-mana pihak cuba mengugat Perkara 153 bermakna mereka menggugat kewarganegaraan yang mereka dapat sekarang ini serta mesti diingat keadaan sosial negara Malaysia adalah tidak sama dengan negara-negara lain,” katanya.

Diadaptasi dari:


Post a Comment

Previous Post Next Post