DAP cuba menipu lagi dengan mengatakan cadangan laluan (LRT) merentasi kawasan masjid dan tanah perkuburan Islam di Bayan Lepas belum muktamad.




Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

GEORGE TOWN:: Setelah Umat Islam Pulau Pinang bangkit menentang perancangan jahat DAP ,DAP cuba menipu lagi  dengan mengatakan cadangan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) sepanjang 30km dari Komtar merentasi kawasan sebuah masjid dan tanah perkuburan di Bayan Lepas belum muktamad dan masih tertakluk pada kajian lanjut.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, jajaran yang dicadangkan berdekatan Masjid Jamek Sg Nibong Besar itu masih dalam “kajian semula awal” dan belum muktamad.
Ini susulan laporan bahawa satu protes dirancang oleh masjid terbabit selepas salat Jumaat hari ini berikutan kebimbangan yang dibangkitkan sesetengah pihak tentang jajaran LRT berkenaan yang merentasi satu tanah wakaf yang menempatkan tanah perkuburan.
Pada satu sidang media di Komtar, Chow berkata, kerajaan akan menghormati pandangan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang sebelum membuat keputusan mengenai jajaran tersebut.




Post a Comment

Previous Post Next Post