“DAP adalah wajah parti rakyat Malaysia yang tulen”.

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang berdiri
Kesatuan Melayu Raya II
Tergelak seketika bila mendengar perisytiharan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dalam ucapan beliau pada Persidangan Kebangsaan DAP di IDCC Shah Alam hari ini bahawa “DAP adalah wajah parti rakyat Malaysia yang tulen”.
Kalau betul DAP adalah wajah parti rakyat Malaysia yang tulen, mengapa pula:
1) Semua 7 Ahli Dewan Negara DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?
2) 41 daripada 42 Ahli Dewan Rakyat DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?
3) 103 daripada 109 Ahli Dewan Undangan Negeri DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?
4) Semua 2 Speaker Dewan Undangan Negeri DAP dan 2 Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?
5) Semua 6 Menteri dan 6 daripada 7 Timbalan Menteri DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?
6) Duta Besar DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?
7) Semua 1 Ketua Menteri dan 1 Timbalan Ketua Menteri DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?
8) Semua 2 Menteri dan 2 Pembantu Menteri DAP di Sabah adalah bukan Melayu bukan Islam?
9) 26 daripada 30 Ahli EXCO Kerajaan Negeri DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?
10) 29 daripada 31 Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?
11) 21 daripada 24 Ahli Jawatankuasa DAPSY 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
12) 16 daripada 19 Ahli Jawatankuasa Wanita DAP 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
13) Semua 21 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Sabah 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
14) Semua 20 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Sarawak 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
15) Semua 19 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Perlis 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
16 ) Semua 17 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Negeri Sembilan 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
17) Semua 15 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Kedah 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
18) 19 daripada 20 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Perak 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
19) 19 daripada 20 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Melaka 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
20) 18 daripada 20 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Pulau Pinang 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
21) 18 daripada 20 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Selangor 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
22) 18 daripada 20 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Johor 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
23) 17 daripada 18 Ahli Jawatankuasa DAP Kuala Lumpur 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
24) 14 daripada 16 Ahli Jawatankuasa DAP Pahang 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
Wajah parti rakyat Malaysia yang tulenkah bila Melayu Islam diketepi?
Dan tahukah Lim Guan Eng apa maksud “tulen” dan apa maksud “palsu”?
Dr Kamarulzaman Yusoff
Mantan Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia
Universiti Utara Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post